Sunday, June 14, 2009

teman...


IKHLAS KEMAAFAN
"MAAF TEMAN"
hamba bukan sempurna
Selalu hamba melakukan silap
jika tidak kepada YANG ESA
kepada diri..
pasti ada dibuat salah pada orang lainnya
hamba akui jika terlanjur kata ada juga hati yang pasti disakiti
ada juga air mata yang tanpa hamba sedar
hamba paksa teman alirkan
maaf kerana itu
kepada teman
hamba bukan orang baik-baik
bukan juga tiada harga diri
bukan juga tiada hati
untuk itu hamba
mohon kemaafan
jika ada terasa disakiti
adakalanya hamba mendengar sahaja
si teman diumpat dicerca
adakalanya hamba dan syaitan mengasak bibir
menyatakan keburukan bersama
tentang teman
tentang yang lainnya
maaf juga kerana itu
hamba insan berdosa
tidak juga sempurna
ya hamba sesali
setiap luka yang teman rasa
setiap terlanjur perilaku dan kata hamba
sedih
melihat teman-teman
juga begitu
saling membunuh saudara
saling menikam-nikam saudara
hamba tidak mampu bersoal banyak, teman
kerana hamba bukan seperti teman
yang bijak mengatur kata
hingga yang lainnya kerap terpedaya
hingga akal waras dan iman hamba
turut mengia-ia sahaja
maaf teman jika hamba kurang berkumpul
merasa setiap manisnya gurau senda kalian
merasa tangis sendu kalian
maaf kerana tidak selalu bersama
kerana hamba diciptakan ILLAHI
lebih gemar menyendiri
merenung diri
mencari diri
MAAF TEMAN
jika hanya doa hamba mampu hulurkan
bukan peringatan dan nasihat
dari muka ke muka
kerana hamba tahu
jika mulut ini sudah berbicara
pasti lancang berkata
hingga lupa diri
siapa hamba juga siapa teman
yang mudah terasa...
sebaik-baiknya yang mampu hamba buat
sekadar berdoa
untuk kita
jauh dari sebarang sengketa
jauh dari bermuka-muka
jauh dari fitnah dan umpatan berbisa

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates