Friday, June 12, 2009

SEBENTAR BERMUHASABAH






Sudah agak lama tidak bermuhasabah diri. Sejak dilimpahi nikmat dan kesenangan ini mata hati seakan-akan tertutup untuk mengenal yang MAHA MEMBERI REZEKI. Seolah-olah tidak tahu lagi siapa yang MAHA BERKUASA yang sekadar meminjam apa yang kita ada... sekadar pinjaman... tetapi hati sudah mula tunjuk kuasa, tidak mahu melihat lagi pada kekuasaan YANG ILLAHI.

Manusia hamba yang mudah lupa. Ahh.. itu bukan alasan untuk meloboskan diri daripada terus terpajak dalam lembah kealpaan. Aku sudah menjadi hambaNYA yang sungguh lalai. Solat pun selalu tertinggal apatah lagi mahu meneruskan bacaan Al-Quran yang sudah tertinggal berbulan-bulan. Kemudian menyalahi jadual harian yang sesak dengan kuliah...dan aktiviti sukan yang tertuntut untuk dipenuhi...letih dan sebagainya kunci alasan untuk aku menyenangkan hati meninggalkan segala kewajipan.


Sedangkan alasan itu kuncinya ke api neraka dan azab yang maha berat...
ahhh..bisikan syaitan..lemah sungguh iman untuk menepis bisikan halus kejam...

Adakala kita mencari diri, merenung setiap yang kita ada dan kejayaan yang kita perolehi...kita tersenyum bangga, kita temui kembali keyakinan diri tetapi malangnya renungan diri hanya terhenti di situ...tanpa sekelumitpun memejam mata memikir turunnya rezeki itu daripada ALLAH YANG ESA. Berjayakah aku bermuhasabah diri seandainya begitu...


DAN peliknya saat sudah yakin kita memiliki semua yang kita perlu...kenapa hati masih lagi terasa kosong, seolah-olah ada sesuatu yang sudah hilang...kita terus mencari..tercari-cari..kembali menggagahi minda dan ingatan pada setiap kejayaan yang pernah dikecapi...Ahh...sekali lagi kita gagal menemui yang kosong itu...kosong di jiwa...zahirnya cukup sempurna tetapi roh meronta-ronta, terantai dalam kongkongan jiwa yang lesu, sekadar terikat dengan kebanggaan yang zahir di mata hamba-hamba lain...
tetapi
di sisi ALLAH,


SIAPAKAH AKU????


Yang kosong itu
rindu pada ILLAHI
tetapi tidak disedari
Yang kosong itu
sakitnya nurani
kerana sombong
menidakkan kekuasaanMU YA RABBI
Yang kosong itu
iman dan takwa diri
yang pupus
kerana lalai
mengingatiMU
YA ALLAH
Pemberi REZEKI
juga PERINGATAN
yang mencelik hati
Yang kosong itu,
yang KUCARI..














No comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates