Sunday, June 14, 2009

tidur-tidurlah hai manusia...


SEKADAR RENUNGAN MUHASABAH
"TIDUR-TIDURLAH HAI MANUSIA
AKU AKAN PERGI, AKU AKAN LARI
KAU YANG AKAN RUGI, HIHIHI"
Kalau topik tidur, hambalah raja. Kadang-kadang tertidur hingga berjam-jam.
Tidur waktu petang hobi yang paling susah hamba kikis. Sonok sangat..
hmm..sonok sangat...yang seronok itu lah hobi syaitan...
tertidur sampai solat tertinggal..
meskipun di qada' tapi afdal kah begitu
dosa dah tercatit
nak buat camne...
redha je la
ye ke...
taknak taubat ke???
susah..susah
ye ke...
susah sangat ke nak taubat..
TIDUR istilah dalam gmba diatas bukanlah tidur telentang atas katil
di atas tilam yang empuk
tetapi tidur yang selalu hamba ADAM buat
yang selalu hamba buat
sedar atau tidak
'TIDUR' ITU LALAI
KUFUR NIKMAT ALLAH
DAN
jika LALAI
hamba yang rugi..
yes..sapa gik yang rugi..??
hati jadi keras
seperti mana jika kita tidur dan makan berlebihan
HATI JADI KERAS
susah bila hati sudah keras
yang cantik dan halus di depan matapun
hamba tak nampak
kerana kerasnya hati
yang tenang nampak serabut
yang halus nampak kerikil
yang putih nampak hitam...
Bila dah LALAI
semua boleh hilang
semua yang pernah dimiliki...
hamba hilang diri...
KERANA
yang dimiliki tidak terjaga rapi
tidak disemai dengan syukur
JADI
hamba perlu bersyukur
untuk jaga apa yang hamba sudah miliki kini
eh..benarkah niat begitu
sesungguhnya bersyukurlah
kerana ALLAH YANG SATU
KERANA RASA IKHLAS
MENJUNJUNG TERIMA KASIH
KEPADA ILLAHI....

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates