Sunday, June 14, 2009

dont worry...

SEKADAR RENUNGAN
SUSAH apabila terpaksa memujuk orang yang sudah patah hati.
Kadang-kadang hamba sendiri jadi lemah
berhadapan dengan tangisan yang menghulur simpati
tapi
pada siapa lagi hendak diharapkan teman
andai hamba jadi punca harapan
hamba gagahi hati
menawarkan kata-kata motivasi
dorongan untuk teman mampu berdiri
tetapi
dugaan teman terima
lebih hebat untuk dirawati
dengan hanya bekalan kata-kata
yang hamba sendiri tiru daripada orang lain
hamba juga masih lemah lagi
menerima dugaan si teman ini...
teman gelisah
merenung nasib
sehingga pernah si teman berkata
"kenapa ini semua berlaku kepada hamba"
hamba yang pendek akal
yang tidak bijak berkata-kata
sekadar menegah si teman
lalu kami terdiam
si teman mengeluh
"tak lama lagi ajal hamba sampai"
jantung hamba kuat berdetak
takut sungguh...
si teman berkata lagi
"andai hamba mati hamba pasti tersenyum kerana hamba ada teman"
hati hamba menangis
tetapi kepada siapa
hamba mampu hulurkan tangis ini
kepada si teman kah??
sedang dia juga kuat merintih
dengan iman ini
walau tidak sekuat manapun
hamba masih ingat pada yang SATU itu
YANG BERKUASA
hamba tekal
meringankan kata
"ALLAH KAN ADA"
si teman terdiam
aku tersenyum
ada kekuatan yang terasa
SI TEMAN ADA HARAPAN LAGI
Untuk teman itu, I'm always with you...ALLAH with you..INSYAALLAH..bersyukur lah

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates