Sunday, June 28, 2009

sem baru

Assalamualaikum,

Sahabat tersayang, cuti sudah berlalu. 3 minggu cuti diberikan mungkin sudah cukup untuk mengubat kerinduan kepada keluarga tercinta. Tempoh tiga minggu juga mungkin sudah cukup untuk sahabat-sahabat bermuhasabah diri, menilai sejauh mana roh dan jasad mencapai apa yang telah diazam pada awal tahun , juga mungkin sudah cukup untuk mengenal diri…mendengar bisikan hati agar terus memperjuangkan apa yang dikotakan. Sebagai pelajar tidak akan lekang daripada terus belajar malahan sebagai manusia kita tidak akan lepas daripada ilmu-ilmu yang tidak pernah lari daripada hidup dunia…sesiapa yang mencari kebenaran dialah yang memperolehi keuntungan. Hati yang sentiasa tandus kepada kebenaran ialah hati yang rindu akan Allah. Hati itu hati yang mahu terus dijaga rapi daripada segala kemaksiatan dosa-dosa…lebih-lebih lagi terjauh daripada sifat mazmumah dan akal syaitan. Alhamdulilah, Allah mengizinkan aku dan sahabat-sahabat berjihad lagi. Semester 3 bermula. Azam juga meninggi. Mudah-mudahan azam yang tinggi ini terus konsisten hingga ke akhir jihad, perjuangan seorang pelajar, menuntut yang diredhai Allah.

Dalam tempoh seminggu perjalanan semester baru ini pelbagai ragam dan wajah baru dapat disaksikan. Wajah-wajah sahabat tersayang…3 minggu tidak mendengar khabar berita. Akhirnya kita bertemu juga pada jalan perjuangan yang sama. Seorang sahabat rapat pun sudah berimej baru. Ada yang melihat sahabat itu agak keterlaluan, mengada-ngada tetapi di hati sahabat siapa yang tahu??? Manusia hanya bijak menghukum tetapi hukuman tanpa penilaian adakah sesuatu yang adil wahai sahabat tersayang. Sinis sungguh perhatian kalian kepada sahabat itu, sedangkan dia tidak menyimpan apa-apa dendam kepada kalian. Berbisa sungguh sindiran kalian tetapi sahabat itu hanya mampu tersenyum, menahan sabar diperlakukan sebegitu sehingga hatiku juga dihiris pilu. Andai dia bersalah katakanlah wahai sahabat tersayang??? Peliknya hatinya tetap sabar melayan , memberi senyuman kepada kalian padahal hatinya dihiris tajam. Mungkin sahabat sekalian hanya bergurau senda dan aku mungkin terlalu emosional. Maaf andai apa yang diperkatan di sini lebih emosi daripada rasional.
Saudari akhowat..sahabat itu juga sahabat kita. Meski berbeza rasnya dia juga sahabat yang patut dihormati bukannya hanya dipergunakan apabila kalian merasa perlu dan dilepaskan apabila tidak membawa faedah lagi. KERANA ALLAH sahabat itu perlu dicintai. Sahabat-sahabat tersayang sangat baik. Jika aku punya masalah sahabat pasti bantu. Syukur kupunya sahabat-sahabat seperti kalian. Namun, aku pinta jika sahabat karibku telah mengguris hati kalian maafkanlah. Setiap manusia tidak sempurna. Kita tidak sempurna. Sahabat rapatku itu juga ada hati untuk dijaga. Jadi jagalah hatinya kerana dia juga cuba menjaga hati kalian. Tidak salah andai kita menghulurkan senyuman dari hati ke hati kepada sahabat itu. Dia juga sama. Perlukan perhatian dan kasih sayang bukannya sindiran yang mungkin kalian andai sebagai gurauan tetapi fahamilah sahabat tersayang gurauan itu telah melukakan hatinya. Patutnya kita perlu simpati. Dia sudah kehilangan orang yang tersayang. Jadi hulurlah simpati. Jika tidak mampu menghulurkannya dengan ikhlas biarlah disimpan rasa sakit dihati terhadap teman itu kerana dia memerlukan sahabat-sahabat tersayang. Dia perlukan kita.
Dia berbeza rasnya, perangainya berbeza dan imannya juga tak sama. Kita menyembah yang ESA, ALLAH tercinta. Dia meyakini apa yang diajar dalam keluarganya. Sebagai umat Islam seharusnya kita lebih mengerti sikap yang harus ada pada seorang islam. FIKRAH ISLAM..ungkap seorang sahabat. FIKRAH ISLAM… DIMANA FIKRAH ISLAM?? Sahabat-sahabat tersayang cukup amal sembahyangnya. 5 waktu tetap. Aku kadang-kadang meninggalkan yang wajib itu juga tetapi kalian lebih tekal mengejar seruan Allah. Ilmu kalian lebih hebat dariku. Sahabat-sahabat tersayang pasti lebih tahu bagaimana pentingnya persaudaraan dan persahabatan, sifat-sifat mahmudah yang harus ada pada sahabat dan adabnya ketika bersama sahabat. Sahabat-sahabat tersayang pasti lebih tahu tentang itu berbanding aku yang jahil sungguh. JANGAN HINA DAN PANDANG SINIS SAHABAT ITU KERANA DIA BERBEZA. JANGAN HINA KERANA KITA BELUM TAHU SIAPA KITA DISISI ALLAH. JANGAN HINA SAHABAT ITU KERANA MUNGKIN DIA LEBIH BAIK DARIPADA KITA.

Sahabat-sahabat tersayang, andai post ini menghiris hati kalian, maafkanlah. Jika ada yang tersilap dalam post ini maafkanlah aku kerana aku tidak sempurna. Jika aku tidak bersemuka dari hati ke hati dengan kalian maafkanlah aku kerana insan yang masih lagi lemah sepertiku hanya mampu berdoa. Sahabat-sahabat tersayang yang aku sayang kerana ALLAH.

Sahabat-sahabat…
Peranan yang kalian pertanggungjawabkan kepadaku aku terima dengan redha. Mungkin aku diberi tangungjawab ini kerana selama ini aku tidak pernah memainkan peranan yang serius dalam kelas kita dan selalu melarikan diri tatkala kalian sibuk beraktiviti bersama. Maafkan aku kerana itu. Mungkin ini dugaan yang membuka mataku. Alhamdulilah Allah melimpahkan nikmat dugaan ini supaya aku tersedar daripada KEMALASAN yang menjadi panduan hidupku selama ini. Andai, aku tidak mampu memainkan peranan itu, aku minta maaf kerana aku masih belajar lagi. Aku menerima andai ada rasa ketidakpuasan hati kerana yang buruk itu daripada kita yang baik itu sentiasa daripada ALLAH YANG ESA.

Alhamdulilah, sama-sama kita mengharung semester baru dengan azam baru.
Wassalam

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates