Tuesday, June 30, 2009
UHIBBUKI FILLAH
aku didik hati ini,
untuk menerima ikhlasnya ukhuwah kau beri,
kaulah wanita selembut sutera,
yang melemparkan senyuman,
dan harum seperti bunga mawar,
cantik tetapi tetap dipagari duri,
kau jadikan aku halus,
mengajar aku betapa harus berlembut,
kau lah nikmat Illahi,
duhai akhowat yang kusayangi...
bicaramu tak lekang dengan zikrullah,
hatimu tidak berhenti menyatakan alhamdulilah,
kau ditimpa beribu hamparan cubaan,
tapi kau srikandi pujaan,
tidak lekas bermandi tangisan,
kau tegar mengalu-alukan dugaan...
menginsafi diri...memohon pertolongan Illahi.
duhai akhowat,
kau dijadikan daripada tulang rusuk adam,
penyempurna ya ikhwan,
bukan tercipta daripada kepala,
untuk diagung dan dipuja,
bukan juga dicipta daripada kaki,
untuk dipijak-pijak semata-mata.
ya akhowat,
yang kusayang
Uhibbuki Fillah,
aku mencintaimu kerana Allah,
ku mahu kita saling berpesan,
saling mendidik roh jiwa,
mencari kebenaran,
tetap dengan nur iman,
cahaya yang terang benderang,
yang terdampar sepanjang jihad perjuangan,
bertebarlah wahai akhowat,
mencari redha ya Rabbi,
raikan ukhuwah...
mekar di taman ikatan islami....
katakanlah dengan seikhlasnya...
uhibbuki fillah...aku mencintaimu kerana Allah..
lalu bersemilah jalinan persahabatan
yang kekal abadi...
InsyaAllah...
untuk semua sahabat yang disayangi...
khas untuk siti suraya...
Monday, June 29, 2009
aku tidak menjadikan manis katamu
sumber ilhamku,
juga tidak mengenepikanmu,
semasa tangismu,
aku tidak mengharapkanmu,
kerana ku tahu Allah Yang Maha Mengetahui,
yang terbaik buatku,
yang kuingin...
dalam ingatanmu...
mekar dengan nama Allah,
bukan bayangan rupa parasku,
dijadi tatapan...
aku inginkan pandanganmu,
kepada kekuasaan Pencipta yang kudus...
yang ku harap kau sanjung tinggi,
bukan terarah melihat kelibat jasadku,
yang melemahkan mu,
aku inginkan cintamu,
yang teragung untuk Rabbi..
bukan diselaputi dengan butanya cinta,
yang didasari nafsu,
jauh dari syariat Illahi...
aku inginkan dirimu,
tekal mengharungi liku ini...
kerna aku sepikan diri bukan keranamu...
tetapi kerana Allah dan keredhaanNya...
aku inginkan gahnya semangatmu,
menepis godaan dan lamunan syaitan...
agar terpelihara iman..disuburkan takwa..
andai Allah izinkan,
maka jadilah...
jodoh yang berpanjangan..
kerana Allah S.W.T
Sunday, June 28, 2009
adikku yang suka bergambar....
bestnya mun dapat...
sujud..
Antara hikmah melakukan sujud ialah:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegekan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
10. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak lansung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
11. Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
12. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
13. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.
mir_na: artikel ini ambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP
renungan muhasabah
2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."
3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."
4- "Jika kita mengingati dosa kita, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan"
5- "Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa."
6- "Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba."
7- "Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia di atas kesalahannya setiap hari berlaku. Cuma berat atau ringan dan bentuknya tidak sama di antara satu sama lain. Namun manusia tidak mahu juga dijadikan pengajaran. Justeru itu layaklah manusia ini dihukum sekali lagi di Akhirat kelak".
8- "Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa lahir tetapi mengabaikan dosa-dosa batin."
9- "Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada mengingat amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak."
10- "Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa."
11- "Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka."
12- "Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya."
13- "Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya, setiap orang itu rasa berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman masing-masing."
14- "Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai"
15- "Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa tidak pun hati merintih dengan dosa itu ditakuti mati di dalam suul-khatimah."
16- "Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya."
17-"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."
18-"Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah."
19- "Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat"
20- "Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan."
dari saudara MANTERA.
dugaan penuh cabaran...
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan
Mu selalu
Ada kalanya ku merasa
hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku
TAARUF bersama MUSLIMAH KPLI.
Usrah pada hari Rabu minggu pertama Semester baru memberi peluang dan ruang untukku bertaaruf dengan kakak-kakak KPLI yang baru menjejakkan kaki ke IPGM KR. Minggu pertama yang penuh cabaran, minggu penyesuaian, minggu perkenalan bukan hanya dengan institutnya tetapi dengan institusi yang menghuninya juga. Minggu taaruf bersama pelajar baru…
Kesempatan sembahyang berjemaah (yang selalu aku tinggalkan..hehe) membuka mata dan hati berkenalan dengan wajah-wajah baru. Kebanyakannya tidak dikenali begitu dalam, hanya sekadar berkenalan melalui senyuman. Kenal-kenal muka jak.
Mungkin sebab aku jarang ke surau atau aku tidak menulis nama kedatangan( adakah list kedatangan?) maka nama aku tidak disebut oleh sahabat fikrah mahasiswa…(suka nunggahnya camya sebab nya sik lepas daripada FIKRAHnya) untuk membentuk kumpulan kecil usrah. Ada nama-nama sahabat lain turut tidak dipanggil. Barangkali keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar baru KPLI. Namun, kesempatan bertaaruf aku ambil juga. Masuklah kumpulan kak senior yang kecil molek. (sengaja sik beritahu nama , bukan sebab sik tauk nama k…mungkin ada yang sik suka disebut nama. Sik nyaman jak ati kah nama org sesukati)
DI SEBALIK USRAH..
Seperti biasa perkenalan didahului. Dari detik inilah taaruf kecil-kecilan bermula. Seorang kakak KPLI mencuri pandanganku. Cukup sungguh ku kenal suara kakak ya tapi di mana ya??? Hehe.. Next, perbincangan dilaksanakan dalam keadaan yang agak-agak sempoi belaka tetapi sedikit kedinginan. Biasalah baruk kenal…
Aku merangkap tukang catit sahaja. Menjana idea apabila dirangsang untuk berfikir. Malam tersebut hati lebih ligat untuk mengenal kakak KPLI yang misteri di atas…hehe daripada berfikir. Tajuk perbincangan sebenarnya tentang…hmm dah lupak dah nama persatuan ya..hah tentang persatuan merangkap ahli-ahli penduduk muslim dan muslimah IPGM KR lah…macamne peranan dan kepentingan persatuan tok..hmm.. moga-moga tidak berakhir dengan perbincangan dan cadangan-cadangan semata-mata. Diharap ada tindakan susulan dibuat. Ukhuwah kita di IP tok yang selalu aku pandang enteng sebelah mata dolok sebenarnya bermakna. Harap-harap adalah cara berhikmah dalam perlaksanaannya memandangkan ukhuwah di IP tok rasanya perlu dibuat dari peringkat asas dolok terutamanya untuk orang macam aku.
Siapa kakak ya???
Sebenarnya kakak ya kakak yang aku dua tiga hari kenal sebelum masuk semester baru. Kenal melalui abang itupun dari telefon sahaja. Tetapi masa usrah ya aku malas mok interview nya gilak takut culture shock nya kelak…tetiba jak nak..haha…mun salah orang ..aduh malunyeee… Lepas ator masa bertemu barulah aku sedar hmm…sesungguhnya hebat sungguh firasat naluriku..hehe..nang sah lah kakak ya kakak misteri ya.. Panjang jodoh kita kak… bermula kenal dari adik kamek ke abang kamek lepas ya dengan izin Allah kitak ditempatkan ke IPGM tok tempat kmk belajar…berderetan kebetulan berlaku. Harap-harap jodoh makin panjang. Moga-moga berbezaan sik menghalang persaudaraan. InsyaAllah.
Amin…
sem baru
Sahabat tersayang, cuti sudah berlalu. 3 minggu cuti diberikan mungkin sudah cukup untuk mengubat kerinduan kepada keluarga tercinta. Tempoh tiga minggu juga mungkin sudah cukup untuk sahabat-sahabat bermuhasabah diri, menilai sejauh mana roh dan jasad mencapai apa yang telah diazam pada awal tahun , juga mungkin sudah cukup untuk mengenal diri…mendengar bisikan hati agar terus memperjuangkan apa yang dikotakan. Sebagai pelajar tidak akan lekang daripada terus belajar malahan sebagai manusia kita tidak akan lepas daripada ilmu-ilmu yang tidak pernah lari daripada hidup dunia…sesiapa yang mencari kebenaran dialah yang memperolehi keuntungan. Hati yang sentiasa tandus kepada kebenaran ialah hati yang rindu akan Allah. Hati itu hati yang mahu terus dijaga rapi daripada segala kemaksiatan dosa-dosa…lebih-lebih lagi terjauh daripada sifat mazmumah dan akal syaitan. Alhamdulilah, Allah mengizinkan aku dan sahabat-sahabat berjihad lagi. Semester 3 bermula. Azam juga meninggi. Mudah-mudahan azam yang tinggi ini terus konsisten hingga ke akhir jihad, perjuangan seorang pelajar, menuntut yang diredhai Allah.
Dalam tempoh seminggu perjalanan semester baru ini pelbagai ragam dan wajah baru dapat disaksikan. Wajah-wajah sahabat tersayang…3 minggu tidak mendengar khabar berita. Akhirnya kita bertemu juga pada jalan perjuangan yang sama. Seorang sahabat rapat pun sudah berimej baru. Ada yang melihat sahabat itu agak keterlaluan, mengada-ngada tetapi di hati sahabat siapa yang tahu??? Manusia hanya bijak menghukum tetapi hukuman tanpa penilaian adakah sesuatu yang adil wahai sahabat tersayang. Sinis sungguh perhatian kalian kepada sahabat itu, sedangkan dia tidak menyimpan apa-apa dendam kepada kalian. Berbisa sungguh sindiran kalian tetapi sahabat itu hanya mampu tersenyum, menahan sabar diperlakukan sebegitu sehingga hatiku juga dihiris pilu. Andai dia bersalah katakanlah wahai sahabat tersayang??? Peliknya hatinya tetap sabar melayan , memberi senyuman kepada kalian padahal hatinya dihiris tajam. Mungkin sahabat sekalian hanya bergurau senda dan aku mungkin terlalu emosional. Maaf andai apa yang diperkatan di sini lebih emosi daripada rasional.
Saudari akhowat..sahabat itu juga sahabat kita. Meski berbeza rasnya dia juga sahabat yang patut dihormati bukannya hanya dipergunakan apabila kalian merasa perlu dan dilepaskan apabila tidak membawa faedah lagi. KERANA ALLAH sahabat itu perlu dicintai. Sahabat-sahabat tersayang sangat baik. Jika aku punya masalah sahabat pasti bantu. Syukur kupunya sahabat-sahabat seperti kalian. Namun, aku pinta jika sahabat karibku telah mengguris hati kalian maafkanlah. Setiap manusia tidak sempurna. Kita tidak sempurna. Sahabat rapatku itu juga ada hati untuk dijaga. Jadi jagalah hatinya kerana dia juga cuba menjaga hati kalian. Tidak salah andai kita menghulurkan senyuman dari hati ke hati kepada sahabat itu. Dia juga sama. Perlukan perhatian dan kasih sayang bukannya sindiran yang mungkin kalian andai sebagai gurauan tetapi fahamilah sahabat tersayang gurauan itu telah melukakan hatinya. Patutnya kita perlu simpati. Dia sudah kehilangan orang yang tersayang. Jadi hulurlah simpati. Jika tidak mampu menghulurkannya dengan ikhlas biarlah disimpan rasa sakit dihati terhadap teman itu kerana dia memerlukan sahabat-sahabat tersayang. Dia perlukan kita.
Dia berbeza rasnya, perangainya berbeza dan imannya juga tak sama. Kita menyembah yang ESA, ALLAH tercinta. Dia meyakini apa yang diajar dalam keluarganya. Sebagai umat Islam seharusnya kita lebih mengerti sikap yang harus ada pada seorang islam. FIKRAH ISLAM..ungkap seorang sahabat. FIKRAH ISLAM… DIMANA FIKRAH ISLAM?? Sahabat-sahabat tersayang cukup amal sembahyangnya. 5 waktu tetap. Aku kadang-kadang meninggalkan yang wajib itu juga tetapi kalian lebih tekal mengejar seruan Allah. Ilmu kalian lebih hebat dariku. Sahabat-sahabat tersayang pasti lebih tahu bagaimana pentingnya persaudaraan dan persahabatan, sifat-sifat mahmudah yang harus ada pada sahabat dan adabnya ketika bersama sahabat. Sahabat-sahabat tersayang pasti lebih tahu tentang itu berbanding aku yang jahil sungguh. JANGAN HINA DAN PANDANG SINIS SAHABAT ITU KERANA DIA BERBEZA. JANGAN HINA KERANA KITA BELUM TAHU SIAPA KITA DISISI ALLAH. JANGAN HINA SAHABAT ITU KERANA MUNGKIN DIA LEBIH BAIK DARIPADA KITA.
Sahabat-sahabat tersayang, andai post ini menghiris hati kalian, maafkanlah. Jika ada yang tersilap dalam post ini maafkanlah aku kerana aku tidak sempurna. Jika aku tidak bersemuka dari hati ke hati dengan kalian maafkanlah aku kerana insan yang masih lagi lemah sepertiku hanya mampu berdoa. Sahabat-sahabat tersayang yang aku sayang kerana ALLAH.
Sahabat-sahabat…
Peranan yang kalian pertanggungjawabkan kepadaku aku terima dengan redha. Mungkin aku diberi tangungjawab ini kerana selama ini aku tidak pernah memainkan peranan yang serius dalam kelas kita dan selalu melarikan diri tatkala kalian sibuk beraktiviti bersama. Maafkan aku kerana itu. Mungkin ini dugaan yang membuka mataku. Alhamdulilah Allah melimpahkan nikmat dugaan ini supaya aku tersedar daripada KEMALASAN yang menjadi panduan hidupku selama ini. Andai, aku tidak mampu memainkan peranan itu, aku minta maaf kerana aku masih belajar lagi. Aku menerima andai ada rasa ketidakpuasan hati kerana yang buruk itu daripada kita yang baik itu sentiasa daripada ALLAH YANG ESA.
Alhamdulilah, sama-sama kita mengharung semester baru dengan azam baru.
Friday, June 26, 2009
so sorry...
teman aku ingin ..teman tersayang
Tuesday, June 16, 2009
Monday, June 15, 2009
spy orang gaji ????
Sunday, June 14, 2009
nak cantik tak...jom make up..make over diri anda..
...NAK CANTIK KAN...
* Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih*
*Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis*
*Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman*
*Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan*
*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.*
*Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah*
* Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian"*
*Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat*
hye panggung wayang..cinema..cinema!!!
teman...
IKHLAS KEMAAFAN