Monday, May 4, 2009

hatiku terluka di bukhara...

SEBUAH travelog karya wan hashim wan teh menjadi karya kegemaran saya...teringat kali pertama melihat novel ini (tika di bangku sek. menengah)..saya mengandaikan novel tebal berkulit hitam itu mengisarkan tentang paparan kehidupan pasangan bercinta..dan saya tergerak untuk meneliti setiap baris-baris ayat di dalam nya. Setiap helaian tulisan itu saya baca cermat. Jujurnya novel ini bukan untuk sesiapa yang gemarkan kecindan atau karya jenaka kerana setiap perjalanan kisah dalam novel ini sangat membosankan...lebih-lebih lagi pada peringkat awal penceritaannya...novel 'hatiku terluka di bukhara' ini mengisahkan tentang pengembaraan penulis di Rusia sehingga membawanya ke wilayah asing BUKHARA. Peliknya, Bukhara sebagai idea utama travelog ini hanya muncul pada fasa akhir cerita.
Karya-karya travelog agak kurang di bukukan di Malaysia. Mengapa??? Jauh sekali kita dapat melihat sebuah kedai buku di Malaysia yang hanya menjual buku-buku travelog seperti yang ada di negara-negara Barat yang lain??
Fikir-fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates